Mandi-manda di Jeram Toi
Satu keistimewaan yang ada sewaktu berkunjung ke Jelebu, Negeri Sembilan adalah kawasan air terjun yang popular iaitu Jeram Toi. Di sinilah lokasi tumpuan peminat air terjun dan keluarga yang ingin membawa anak-anak mansi-manda pada hujung minggu.
Untuk sampai ke sini, anda perlu melalui pekan kecil yang dinamakan pekan pantai. Jika dari bandar Seremban, ia cuma memakan masa selama sejam memandu. Biarpun nama kawasan air terjun ini tidak gah seperti Hutan Lipur Ulu Bendul, Jeram Toi memiliki keistimewaan pada air terjun tujuh tingkatnya yang mangalirkan air deras dari puncak Gunung Telapak Buruk.
Kolam-kolam di sini tidaklah begitu dalam, justeru sesuai untuk keluarga mandi-manda tanpa perlu berasa risau sangat. Dalam pada itu, Jeram Toi memiliki sejarahnya tersendiri. Kawasan air terjun ini ditemui sewaktu pemerintahan British sekitar tahun 1895. Namanya diambil sempena nama Tok' Batin Toi, seorang ketua puak orang asli yang terkenal dengan kebijaksanaannya yang berjaya mengalahkan sekumpulan penyerang Jawa dari Sumatera Utara yang datang menyerang Jelebu suatu ketika dulu. Jangan berlengah lagi. Bawa keluarga dan anak-anak anda bagi menikmati kesejukan air terjun Jeram Toi yang menyamankan.
September 5, 2008 at 9:27 AM
salam.....
wah2..
baguih2..
promote N9 lobih2 kit..
bia jano ekonomi negeri..
bg kayo sket..